Thursday, 17 March 2011

Bicara seorang Sahabat

Mata...
Pernahkah kau melemparkan pandangan sinis
Hingga membuat hati sahabatku terasa?

Lidah..
Adakah kau tersalah bicara
Hingga membuatkan hati sahabatku terluka?

Hati..
Betulkah kau berburuk sangka
Hingga membuatkan hati sahabatku kecewa?

Tahukah kamu sahabat...
Bahawa diantara ramai sahabatku
Kamu yang paling istimewa?
Tidak pernah terlintas dimindaku untuk menyakitimu
Apatah lagi melukakanmu..

Lantas..
Mengapa kini kau mula berubah sikap
Tidak bertegur sapa denganku
Tidak mahu berbicara denganku
Tidak mempedulikan aku
Mengapa wahai sahabatku?
Tahukah hatiku merana dengan perbuatanmu?
Hiba dengan sikapmu?
Janganlah kau berdiam diri tanda memprotesku
Terangkan tentang salahku
Moga aku tahu tentang silapku..

Sahabatku..
Andai kamu masih dengan sikapmu itu
Aku redha..
Mungkin salahku besar buatmu
Namun ketahuilah..
Aku mohon
Agar pintu hatimu terbuka untuk memaafkanku
Dan kembali menyapa dan bergelak ketawa dengan ku
Seperti masa-masa lalu....

No comments:

Post a Comment